...about the art of flowers crafting.The hand made flowers were made of several materials such as plastic bags, crepe paper, beads, stocking etc....This DIY project can be an interesting hobby for those who were passionate for flowers.. memaparkan seni kraf bunga daripada pelbagai material antaranya daripada plastik, kertas jagung (crepe paper),manik,stoking,dll.
Friday, November 26, 2010
Wednesday, November 24, 2010
Pembelajaran Sepanjang Hayat....
Berbintang Capricorn macam aku ni ... memang cenderung dalam bidang seni. Lalu disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni ini akupun carilah masa-masa terluang untuk mempelajari apa sajalah art courses. Aku ke MIA belajar water colour, graphic design, flower arrangement (basic) ,belajar fotoshop di Cosmopoint.. ambil short course hujung minggu Interrior Design di CENFAD Lecturernya mat saleh. Bila dia mula bercakap ,intronya je aku faham.... lanjutan itu mulalah blurrr sebab pekat betul slangnya....lastly masa presentation aku bantai saja bahasa ibunda - Melayu...hehe..yang penting dia nak tau konsep je...
Lecturer duduk di tengah.. student pelbagai bangsa..Australia..,
Serani...Jepun (kanan sekali)....
Belajar gardening di UPM...2002..aku yg tudung bunga pink
Semua pengalaman ini kutelan sebagai suatu pengalaman berharga.Pernah juga aku belajar gardening di Universiti Pertanian tapi pokok yang kutanam masih tak mahu hidup...ada orang kata tangan panas...tak boleh tanam pokok.Ah... senang buat pokok artificiallah...Ada juga sekali aku belajar buat kek yang dianjurkan oleh Berita Publishing...dan sekarang aku dah mahir membuat American Cheese cake ...sedapnyeee....
Andainya aku dapat ke Jepun...
Pohon Sakura...itulah imej pertama yang akan aku cari. Dengar cerita ...bandar Tokyo termahal di dunia dengan harga secawan kopi mencecah rm31. Tidaklah aku berkenan dengan aksi ranggi remajanya tetapi keindahan bunga Sakuralah yang menjadi daya tarikanku. Mungkin terdapat sungai yang mengalir deras dengan airnya yang jernih walaupun di pinggir bandar. Yang lain-lain seperti Disneyland Tokyo, roller coaster ke, barangan elektronik, bangunan kuil yang unik ke..aku tak kisah. Haa... kalau berkunjung ke kawasan luar bandar aku memang tak mau lepaskan peluang. Buat masa ni, aku cuma berpeluang mengunjungi perkampungan di Jepun menerusi Youtube. Dapatlah kulihat mereka pagi-pagi lagi keluar rumah menuju ke kawasan berbukit yang ditumbuhi banyak pokok buluh yang batangnya sebesar pokok getah. Rupa-rupanya rebung buluh itu dibuat tempura.....Kelihatan juga pemandangan sayur-sayuran hijau yang tersusun rapi di batas-batas yang berdekatan rumah mereka. Sudah tentu pemandangan masyarakatnya yang masih mengekalkan adab sopan orang Timur juga menjadi tarikanku. InsyaAllah hasratku ini tercapai suatu hari nanti...
Cherry blossom season
http://naaila-meaningofflowers.blogspot.com/2009/02/meaning-of-sakura-flowers-2.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
Seterusnya hasratku untuk ke bumi matahari terbit itu adalah untuk menemui idolaku
.....Yoshiko Hase.....pengasas bunga reben di Jepun....perkenalanku dengan Megumi di facebook membuatkan aku berasa sungguh gembira !
.....Yoshiko Hase.....pengasas bunga reben di Jepun....perkenalanku dengan Megumi di facebook membuatkan aku berasa sungguh gembira !
Monday, November 22, 2010
Hidupkan kembali seni kraf bunga !
Pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk menghidupkan semula seni kraf bunga.Sebenarnya ramai yang berminat dalam seni ini. Tetapi tidak diketengahkan . Institut Kraf Negara (IKN) di Rawang hanya memberi penekanan kepada seni kraf batik, tenunan, kraf kayu, logam, seramik dan rotan .Kursus gubahan bungapun tiada, kraf bunga lagilah.... Pameran kraf di Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay pula terlalu luas skopnya.Festival Hari Kraf Kebangsaan disambut setiap tahun antara bulan Februari dan Mac mempamerkan pelbagai jenis kraf .Pernahkah kita mendengar satu pameran kraf bunga besar-besaran diadakan di pusat kraftangan itu? Kalau ada tentulah aku orang pertama yang akan menyertai pameran itu. Menerusi pameran itu pelbagai hasil kraf bunga dari merata dunia boleh dipamerkan. Maka kita akan dapati pelbagai keunikan yang ada.Jangan tak tahu bahawa ada orang membuat bunga daripada susu getah. Saya ingatkan daun getah saja dibuat bunga rupa-rupanya susu getahpun dibuat bunga. Aii sey men..Tapi saya kurang berminat dengan bunga susu getah kerana baunya yang kurang mengujakan.
pameran kraf bunga di Jepun
Sekali lagi akulah orang pertama yang akan gembira jika pameran kraf bunga besar-besaran itu direalisasikan.Tahun demi tahun aku hanya berpeluang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia yang kadang-kadang diadakan di PWTC dan shoping kompleks terkenal. Adalah sikit-sikit dipamerkan kraf bunga telur,bunga tangan, bunga pahar, sirih junjung, bunga pelamin dan sebagainya. Kuharapkan adalah inisiatif Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay untuk mengadakan pameran kraf bunga internasional. Mungkin aku berpeluang untuk berjumpa dengan idolaku Yoshico Hase dan Megumi Hase...hehehe..
Gambar-gambar berikut adalah salah satu pertunjukan gubahan bunga bertaraf internasional oleh penggubah bunga dari Jerman. Pertunjukan ini dianjurkan oleh Amtrol iaitu salah sebuah institut gubahan bunga yang terkenal di Kuala Lumpur....
Gambar-gambar berikut adalah salah satu pertunjukan gubahan bunga bertaraf internasional oleh penggubah bunga dari Jerman. Pertunjukan ini dianjurkan oleh Amtrol iaitu salah sebuah institut gubahan bunga yang terkenal di Kuala Lumpur....
Ha....yang ni bukan Yoshico Hase atau Megumei Hase... model yang
menggayakan gubahan bunga oleh penggubah dari Jerman...
Model-model yang beraksi pada malam tersebut..
Salah satu idea kreatif beliau..
Hand bouquet..
Seksi beb...
Selain daripada membuat pameran, satu cara lain untuk menghidupkan kraf bunga ialah dengan mengadakan pertandingan . Dalam pertandingan itu kita boleh nilai bunga yang paling murah kosnya tetapi cantik menawan.Sediakanlah hadiah lumayan sikit.Kalau pertandingan menyanyi boleh dapat hadiah ribu-ribu..ratus-ratus ribu...kereta mewah..pakej pelancongan ...barang kemas... pertandingan kraf bunga janganlah asyik beri tuperware atau pinggan mangkuk sahaja !! Kalau beri hadiah kereta sebuah (bukan kereta sorong) mesti mak cik-mak cik termasuk akulah akan berusaha memerah otak untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa...Apa salahnya berangan...
Al kisah si bunga sabun...
Sebelum ini aku pernah membuat bunga sabun. Adunannya terdiri daripada tepung jagung, sabun yang diparut, gam, dan warna. Tetapi selang beberapa bulan bunga sabun itu ditumbuhi kulat. Alangkah sedihnya diriku! . Tidaklah diketahui bagaimanakah cara untuk menghindari kulat menyelaputi bunga sabun itu. Jika ada sesiapa mempunyai tips kongsikanlah bersama...dan pada masa kini kudapati populariti bunga sabun telah merosot mungkin disebabkan masalah kulat itu tidak dapat diatasi.
Sunday, November 21, 2010
Hydrangea....
Haedrangea.... siapakah yang tidak teruja melihat Haedrangea melainkan orang yang tidak berperasaan.Lovely flower atau dikenali dengan nama Kembang Tiga Bulan ... bukan Cik Siti Wan Kembang!......hehehe. Masa berkembangnya memang memakan masa tiga bulan. Bunga ini merupakan jambangan besar yang terdiri daripada kuntuman kecil yang bersatu.Kebanyakannya terdiri daripada warna-warna pastel.Kalau kita lihat dalam gubahan bunga gaya Inggeris selalunya terdapat bunga ini diselitkan.
Kutanam padi tumbuhnya lalang...
Kutanam padi tumbuhnya lalang... ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk...seperti lalang ditiup angin...peribahasa dahulu kala itu seolah-olah meletakkan nilai yang negatif kepada lalang. Namun bagi aku, lalang memang indah .Cuba anda perhatikan pemandangan di kawasan berbukit yang ditumbuhi lalang tatkala hembusan bayu meliuk-lentukkan tubuhnya...anda akan dapat merasakan rythmnya dan anda berdirilah, atau berlarilah di padang itu... pasti pemandangannya sangat menakjupkan! Dalam filem animasi Spirited Away ....... suka betul aku melihat pemandangan berlatarbelakangkan bukit yang dipenuhi lalang yang ditiup angin.Terima kasih kepada suamiku kerana membelikan lebih banyak video animasi terbitan Gibli Studio kerana dia macam-macam tahu saja aku meminati lukisan pemandangannya...
... pemandangan indah di padang yang ditumbuhi lalang...
kelihatan seorang 'model' sedang bergaya dengan aksi tersendiri...
...kraf bunga lalang...
Sebenarnya nak cerita tentang kraf bunga lalang... bunga lalang yang dihasilkan ini simple sahaja tetapi kena buat banyak-banyak...biasalah kalau banyak lagi cantik. Buatlah perbagai saiz yang anda suka, ajaklah ahli keluarga yang lain untuk sama-sama menhasilkan kraf ini daripada duduk-duduk saja atau membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah lebih baik membuat kraf ini..Ye tak ye juga kat mana nak letak kalau banyak sangat kraf bunga yang dibuat? Hahaha...hehehe (ketawa siber!).Tidak semestinya semua gubahan bunga ini nak dibuat..anda pilihlah mana yang senang mana yang berkenan..suka-suka sebagai hobi atau nak buat bunga telur ke..nak buat gubahan bunga tangan ke..bunga dulang..hiasan meja dan seumpamanya ...
Saturday, November 20, 2010
Manisnya Cik Rose...
Alangkah seronok jika seorang gadis menerima sejambak bunga daripada seorang jejaka. Lebih-lebih lagi jambangan ros merah! Bunga ros merah melambangkan perasaan , kemahuan, penghormatan, dorongan cinta yang mendalam terhadap seseorang.Hal ini sudah pasti menjadi kenangan paling manis dalam kehidupannya.Kita sudah pasti tidak dapat menandingi kehebatan Yang Maha Kuasa menjadikan bunga ini. Warnanya, teksturnya, baunya yang harum…kesegarannya semuanya memukau pandangan.
Kalau aku mendapat bunga ros, akan kusimpannya sampai kering.Walaupun bunga itu telah kering aku masih teruja untuk menatapnya (tanpa berkelip mata),,,hehe. Mengapa begitu? Masakan tidak...susunan kelopaknya yang bertingkat-tingkat secara bersistematik dan dramatik sangat mengkagumkan. Perfum asli yang terbit dari kuntuman bunga ini harus mencairkan fikiran dan perasaaan seorang wanita (tak taulah kalau ada jugak orang lelaki yang taksub dengan bunga ni..) Kalau bunga ros itu segar anda akan dapat perhatikan bahawa kelopak-kelopak itu seumpama cebisan-cebisan baldu yang teksturnya amat lembut yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi jika bunga ini bermandikan titisan embun dini hari...disimbahi pula sinaran suria pagi .. WOW..! Sangat-sangat bergayalah bunga ini ! Apatah lagi jika bunga ini semakin canggih rona warnanya ( "angkara" teknologi kacukan ) yang menghasilkan variasi tidak pernah terfikir di benak fikiran kita.Yeep...!....asyikkk..
Justeru bunga ros yang kuhasilkan ini (foto di atas) merupakan satu luahan rasa akan kecintaanku terhadap bunga ros. Dek kerana ketaksuban dengan bunga, tidak kiralah betapa susahnya untuk menghasilkan bunga itu aku pasti akan cuba menghasilkan juga. Kelopaknya daripada plastik yang anda gunakan untuk membungkus barangan runcit.Kenapa dibuang plastik itu? Bukankah mencemarkan alam sekitar? Daunnya dicantum dengan daun plastik ready made.Kelopak demi kelopak dihasilkan dan dicantumkan lama-lama terhasillah sejambangan begitu.
Kreativiti wanita Jepun
Wanita Jepun sangat kreatif dalam menghasilkan kraf bunga.Kalau mereka menghasilkan kraf bunga, hasilnya memang seperti bunga sebenar. Teknologi mereka juga amat membantu bidang kraf ini contohnya penciptaan tanah liat khas (white @ paper clay) untuk membuat bunga. Dengan tekstur yang sangat lembut ,tanah liat itu sesuai untuk membuat kraf.Teknologi mereka juga mencipta sejenis alat pemanas yang dapat menggosok permukaan reben supaya dapat menghasilkan kedutan yang diinginkan bagi membuat bunga reben.Reben mereka pula tidak sama dengan reben di sini.Kalau mereka nak buat bunga lilin mereka ada bahan yang dipanggil rabian yang mana bahan ini khas untuk membuat bunga lilin.Di Jepun juga terdapat pusat kraf yang khusus untuk mempelajari kraf bunga. Guru-guru kraf terbut pula walaupun sudah berusia masih lagi mengajar.Dan ramailah wanita berkumpul di pusat kraf itu untuk mempelajari kraf bunga atau pelbagai kraf lain.Wah, aku bercerita ini seolah-olah aku pernah ke sana! Terima kasih Stefenie kerana info yang diberikan.Stefenie memang telah beberapa kali ke negara matahari terbit itu. Hal ini membuatkan aku semakin teruja untuk ke sana!
http://photojapan.com/index.htm/arts-handicrafts.html
Di negara ini, peralatan-peralatan khas untuk membuat kraf bunga amat terhad.Kebanyakan hasil kraf kita sepenuhnya buatan tangan. Jika ada perusahaan yang agak besar sedikit, terdapatlah beberapa mesin yang membantu contohnya pembuatan bunga daripada daun getah. Terdapat mesin air brush untuk penyemburan warna untuk mewarnakan daun-daun getah itu.
Husna's Flower Craft
Minat yang mendalam dalam seni gubahan bunga membuatkan aku tidak pernah jemu untuk memikirkan idea baru menghasilkan gubahan.Aku sendiri tidak pasti sejak usia berapa minatku mula bercambah dalam bidang ini .Aku cukup suka dengan bunga.Sementelahan pula di kampungku (rumah nenek) ada seorang pakar gubahan (lembut2 gitu...entahlah dia genus lelaki atau perempuan..lenggok dan cara pakai keperempuanan tapi suaranya makkk aiii.....hehe) .Yang pasti dia memamg suka menunjuk-nunjukkan gubahannya (jika pada masa itu dia ada facebook sudah pasti aku addnya dan scroll hari foto2 di wallnya).Setiap kali dia selesaikan gubahananya,,(untuk dihantar kpd orang yg menempahnya kot...) dia akan melalui rumah nenekku dan memanggil kami untuk menunjukkan hasil gubahan. Aduh...memang cantik sekali bunga raya yang dipintal2 daripada kertas crepe warna pink. Ayat wajib yang terpacul dari mulutnya (dengan suara garaunya tuu..) hah...tengok bolehhh..pegang jangannn...! Hamboi...garang jugak orang tua ni..!
Agaknya sejak itu aku sudah terpaut dengan seni ini.Mungkin ide itu sudah terakam di mindaku sejak lama.Kemudian aku cenderung membuat keratan artikel tentang seni ini dan menyimpannya.Masih tersimpan beberapa artikel tentang penggubah kraf bunga dari Jepun iaitu Yoshico Hase dan Megumi Hase merupakan icon yang menjadi kebanggaanku .
Agaknya sejak itu aku sudah terpaut dengan seni ini.Mungkin ide itu sudah terakam di mindaku sejak lama.Kemudian aku cenderung membuat keratan artikel tentang seni ini dan menyimpannya.Masih tersimpan beberapa artikel tentang penggubah kraf bunga dari Jepun iaitu Yoshico Hase dan Megumi Hase merupakan icon yang menjadi kebanggaanku .
Subscribe to:
Posts (Atom)