Hari ini bangun lebih awal sebab nak jumpa ikon ribbon flower..iaitu Suzana Mustapha...........Lepas siapkan sarapan (beli je......) terus ke Terminal Gombak...naik LRT mula-mula semua berjalan dengan lancar. Tetiba terdengar anouncemen tren..akan berhenti lebih lama dan bergerak lebih perlahan kerana ada kesesakan di hadapan... Ai...peliknya naik lrt pun ada kesesakan??? Orang naik LRT sebab nak elakkan kesesakan. Sampai di terowong Ampang Park..tren berhenti lebih lama dan mula kelihatan teknician busy dengn walkie talkie ....lepas beberapa minit mulalah dua tiga orang penumpang bangun dan merungut..aku dah mula panik la plak..dia orang sebut2 pasal mati plak..dalam hati tak berhenti2 berselawat..mudah2an semua akan okay..teknician kata jgn risau semua akan okay .......tak ada orang mati dalam tren tu....hai gawat-gawat ni....apa sebut2 pasal mati ni ..aku belum clean lagi...dosapun bertimbun lagi..then selang beberapa minit ....alhamdulillah tren tu bergerak perlahan dan sampai di stesen Dang Wangi bila pintu tren pun terbuka .....aku pun terus keluar walaupun sebenarnya aku nak turun di Masjid Jamek. ..Lega betul dah keluar dari perut tren tu..........
pemandangan biasa dari dalam tren...
gembira dengan hasil kerja yang belum siap lagi...he he..
Kejadian tadi tidaklah melemahkan semangat aku nak meneruskan niat belajar sulaman bunga reben dengan Puan Suzana. Akhirnya sampai juga aku di tempat Puan Suzana Mustapa dan aku mulalah belajar sulaman reben.Cabaran juga ni ..sebab aku tak berapa suka dengan sulaman tapi disebabkan ia berkaitan dgn flower craft maka buatlah jugak...Oklah...seronok juga tapi yang paling best Puan Suzana tu......sangat pemurah .....tak kedekut ilmu banyak betul info yang berkaitan flower craft yang aku dapat. Lepas ni aku nak cepat2 rekod apa yang aku dapat takut terlupa.Terima kasih Puan Suzana...Allah sahaja yang membalas jasa-jasamu...