Wednesday, November 24, 2010

Pembelajaran Sepanjang Hayat....

Berbintang Capricorn macam aku ni ... memang cenderung dalam bidang seni. Lalu disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni ini akupun carilah masa-masa terluang   untuk mempelajari apa sajalah art courses. Aku ke MIA belajar water colour, graphic design, flower arrangement (basic) ,belajar fotoshop di Cosmopoint..  ambil short course hujung minggu Interrior Design di CENFAD Lecturernya mat saleh. Bila dia mula bercakap ,intronya je aku faham.... lanjutan itu  mulalah blurrr sebab  pekat betul slangnya....lastly masa presentation aku  bantai saja bahasa ibunda - Melayu...hehe..yang penting dia nak tau konsep je...

Lecturer duduk di tengah.. student pelbagai bangsa..Australia.., 
Serani...Jepun (kanan sekali)....


Belajar gardening di UPM...2002..aku yg tudung bunga pink
Semua pengalaman ini kutelan sebagai suatu pengalaman berharga.Pernah juga aku belajar  gardening di Universiti Pertanian tapi pokok yang kutanam masih tak mahu hidup...ada orang kata tangan panas...tak boleh tanam pokok.Ah... senang buat pokok artificiallah...Ada juga sekali aku belajar buat kek yang dianjurkan oleh Berita Publishing...dan sekarang  aku dah mahir membuat American Cheese  cake ...sedapnyeee....

Andainya aku dapat ke Jepun...

          Pohon Sakura...itulah  imej pertama yang akan aku cari. Dengar cerita ...bandar Tokyo  termahal di dunia dengan harga secawan kopi mencecah rm31. Tidaklah aku berkenan dengan aksi ranggi remajanya tetapi keindahan bunga Sakuralah yang menjadi daya tarikanku. Mungkin terdapat sungai yang mengalir deras dengan airnya yang jernih walaupun di pinggir bandar. Yang lain-lain seperti Disneyland Tokyo, roller coaster ke, barangan elektronik, bangunan kuil yang unik ke..aku tak kisah. Haa... kalau berkunjung ke kawasan luar bandar aku memang tak mau lepaskan peluang. Buat masa ni, aku cuma berpeluang mengunjungi perkampungan di Jepun menerusi Youtube. Dapatlah kulihat mereka pagi-pagi lagi keluar rumah menuju ke kawasan berbukit yang ditumbuhi banyak pokok buluh yang batangnya sebesar pokok  getah. Rupa-rupanya rebung buluh itu dibuat tempura.....Kelihatan juga pemandangan sayur-sayuran hijau yang tersusun rapi di batas-batas yang berdekatan rumah mereka. Sudah tentu pemandangan  masyarakatnya yang masih mengekalkan adab sopan orang Timur juga menjadi tarikanku. InsyaAllah hasratku ini tercapai suatu hari nanti...



Cherry blossom season

          http://naaila-meaningofflowers.blogspot.com/2009/02/meaning-of-sakura-flowers-2.html


http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html

cuba2 meniru gaya idola...
(yg di bawah ni idolaku...Megumi Hase..)

      Seterusnya hasratku untuk ke bumi matahari terbit itu adalah untuk menemui idolaku

.....Yoshiko   Hase.....pengasas bunga reben di Jepun....perkenalanku dengan Megumi di facebook membuatkan aku berasa sungguh gembira !




Monday, November 22, 2010

Hidupkan kembali seni kraf bunga !

Pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk menghidupkan semula seni kraf bunga.Sebenarnya ramai yang berminat dalam seni ini. Tetapi tidak diketengahkan . Institut Kraf Negara (IKN) di Rawang hanya memberi penekanan kepada seni kraf batik, tenunan, kraf kayu, logam, seramik dan rotan .Kursus gubahan bungapun tiada, kraf bunga lagilah.... Pameran kraf di Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay pula terlalu luas skopnya.Festival Hari Kraf Kebangsaan disambut setiap tahun antara bulan Februari dan Mac mempamerkan  pelbagai jenis kraf .Pernahkah kita mendengar satu pameran kraf bunga besar-besaran diadakan di pusat kraftangan itu? Kalau ada tentulah aku orang pertama yang akan menyertai pameran itu. Menerusi pameran itu pelbagai hasil kraf bunga dari merata dunia boleh  dipamerkan. Maka kita akan dapati pelbagai keunikan yang ada.Jangan tak tahu  bahawa ada orang membuat bunga daripada susu getah. Saya ingatkan daun getah saja dibuat bunga rupa-rupanya susu getahpun dibuat bunga. Aii sey men..Tapi saya kurang berminat dengan bunga susu getah kerana baunya yang  kurang mengujakan.

pameran kraf bunga di Jepun






 




Sekali lagi akulah orang pertama yang akan gembira jika pameran kraf bunga besar-besaran itu direalisasikan.Tahun demi tahun aku  hanya berpeluang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia yang kadang-kadang diadakan di PWTC dan shoping kompleks terkenal. Adalah sikit-sikit  dipamerkan kraf bunga telur,bunga tangan, bunga pahar, sirih junjung, bunga pelamin dan sebagainya. Kuharapkan adalah inisiatif Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay untuk mengadakan pameran kraf bunga internasional. Mungkin aku berpeluang untuk berjumpa dengan idolaku Yoshico Hase dan  Megumi  Hase...hehehe..

Gambar-gambar berikut adalah salah satu pertunjukan gubahan bunga bertaraf internasional oleh penggubah bunga dari Jerman. Pertunjukan ini dianjurkan  oleh Amtrol iaitu salah sebuah  institut gubahan bunga yang terkenal di Kuala Lumpur....
 
Ha....yang ni bukan Yoshico Hase atau Megumei Hase... model yang 
menggayakan  gubahan bunga oleh penggubah dari Jerman...



Model-model yang beraksi pada malam tersebut..



Salah satu idea kreatif beliau..


Hand bouquet..


Seksi beb...

Selain daripada membuat pameran, satu cara lain untuk menghidupkan kraf bunga ialah dengan mengadakan pertandingan . Dalam pertandingan itu kita boleh nilai bunga  yang paling murah kosnya  tetapi cantik menawan.Sediakanlah hadiah lumayan sikit.Kalau  pertandingan menyanyi boleh dapat hadiah ribu-ribu..ratus-ratus ribu...kereta mewah..pakej pelancongan ...barang kemas... pertandingan kraf bunga janganlah asyik beri tuperware atau pinggan mangkuk sahaja !! Kalau beri hadiah kereta sebuah (bukan kereta sorong) mesti  mak cik-mak cik termasuk akulah akan berusaha memerah otak untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa...Apa salahnya berangan...

Al kisah si bunga sabun...

           Sebelum ini aku pernah membuat bunga sabun. Adunannya terdiri daripada  tepung jagung, sabun yang diparut, gam, dan warna. Tetapi selang beberapa bulan bunga sabun itu ditumbuhi kulat. Alangkah sedihnya diriku! . Tidaklah diketahui bagaimanakah cara untuk menghindari kulat menyelaputi bunga sabun itu. Jika ada sesiapa mempunyai tips kongsikanlah bersama...dan pada masa kini kudapati populariti bunga sabun telah merosot mungkin disebabkan masalah kulat itu tidak dapat diatasi.










Sunday, November 21, 2010

Hydrangea....

        Haedrangea....  siapakah yang tidak teruja melihat Haedrangea melainkan orang yang tidak  berperasaan.Lovely flower atau dikenali dengan nama Kembang  Tiga Bulan ... bukan Cik Siti Wan Kembang!......hehehe.  Masa berkembangnya memang memakan masa tiga bulan. Bunga ini merupakan jambangan besar yang terdiri daripada kuntuman kecil yang bersatu.Kebanyakannya terdiri daripada warna-warna pastel.Kalau kita lihat dalam gubahan bunga  gaya Inggeris selalunya terdapat bunga ini diselitkan.



Kutanam padi tumbuhnya lalang...

         Kutanam padi tumbuhnya lalang... ikutlah resmi padi  semakin berisi semakin tunduk...seperti lalang ditiup angin...peribahasa dahulu kala itu seolah-olah meletakkan nilai yang negatif kepada lalang. Namun bagi aku, lalang memang indah .Cuba anda perhatikan pemandangan di kawasan berbukit yang ditumbuhi lalang tatkala hembusan bayu meliuk-lentukkan tubuhnya...anda akan dapat merasakan rythmnya dan anda berdirilah, atau berlarilah  di padang itu... pasti pemandangannya sangat menakjupkan!  Dalam filem animasi Spirited Away ....... suka betul aku melihat pemandangan berlatarbelakangkan bukit yang dipenuhi lalang yang ditiup angin.Terima kasih kepada suamiku kerana membelikan lebih banyak video animasi terbitan Gibli Studio kerana dia macam-macam tahu saja aku meminati lukisan pemandangannya...

... pemandangan indah di padang yang ditumbuhi lalang...
kelihatan seorang  'model'  sedang bergaya  dengan aksi tersendiri...

...kraf bunga lalang...

            Sebenarnya nak cerita tentang kraf bunga lalang... bunga lalang yang dihasilkan ini simple sahaja tetapi kena buat banyak-banyak...biasalah kalau banyak lagi cantik. Buatlah perbagai saiz yang anda suka, ajaklah ahli keluarga yang lain untuk sama-sama menhasilkan kraf ini daripada duduk-duduk saja atau membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah lebih baik membuat kraf ini..Ye tak ye juga kat mana nak letak kalau  banyak sangat kraf bunga yang dibuat? Hahaha...hehehe  (ketawa siber!).Tidak semestinya semua gubahan bunga ini nak dibuat..anda pilihlah mana yang senang mana yang berkenan..suka-suka sebagai hobi atau nak buat bunga telur ke..nak buat gubahan bunga tangan ke..bunga dulang..hiasan meja dan seumpamanya ...

Saturday, November 20, 2010

Manisnya Cik Rose...

     Alangkah seronok jika seorang gadis  menerima  sejambak bunga daripada seorang jejaka. Lebih-lebih lagi jambangan ros merah! Bunga ros merah melambangkan perasaan , kemahuan, penghormatan, dorongan cinta yang mendalam terhadap seseorang.Hal ini sudah pasti menjadi kenangan paling  manis dalam kehidupannya.Kita sudah pasti  tidak dapat menandingi kehebatan Yang Maha Kuasa menjadikan bunga ini. Warnanya, teksturnya, baunya yang harum…kesegarannya semuanya memukau pandangan.

     

Kalau aku mendapat bunga ros, akan kusimpannya sampai kering.Walaupun bunga itu telah kering aku masih teruja untuk menatapnya  (tanpa berkelip mata),,,hehe.  Mengapa begitu? Masakan tidak...susunan kelopaknya yang bertingkat-tingkat secara bersistematik  dan dramatik  sangat mengkagumkan.  Perfum asli yang terbit dari kuntuman bunga ini harus mencairkan fikiran dan perasaaan  seorang wanita  (tak taulah kalau ada jugak orang lelaki yang taksub dengan bunga ni..)  Kalau bunga ros itu segar anda akan dapat perhatikan bahawa kelopak-kelopak itu  seumpama cebisan-cebisan  baldu yang teksturnya amat lembut yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Lebih-lebih  lagi jika bunga ini bermandikan titisan embun  dini hari...disimbahi   pula  sinaran suria pagi .. WOW..! Sangat-sangat bergayalah bunga ini !  Apatah lagi jika bunga ini semakin canggih  rona warnanya ( "angkara" teknologi kacukan ) yang menghasilkan variasi   tidak pernah terfikir  di benak fikiran kita.Yeep...!....asyikkk..



Justeru bunga ros yang   kuhasilkan ini  (foto di atas)   merupakan satu luahan rasa akan kecintaanku terhadap bunga ros. Dek kerana ketaksuban dengan bunga, tidak kiralah betapa susahnya untuk menghasilkan bunga itu aku pasti akan cuba menghasilkan juga. Kelopaknya daripada plastik yang anda gunakan untuk membungkus barangan runcit.Kenapa dibuang plastik itu? Bukankah mencemarkan alam sekitar? Daunnya dicantum dengan daun plastik ready made.Kelopak demi kelopak dihasilkan dan dicantumkan lama-lama terhasillah sejambangan begitu.

Kreativiti wanita Jepun

Wanita Jepun sangat kreatif dalam menghasilkan kraf bunga.Kalau mereka menghasilkan kraf bunga, hasilnya memang seperti bunga sebenar. Teknologi mereka juga amat membantu bidang kraf ini contohnya penciptaan  tanah liat khas (white @ paper clay) untuk membuat bunga. Dengan tekstur yang sangat lembut ,tanah liat itu sesuai untuk membuat kraf.Teknologi mereka juga mencipta sejenis alat pemanas yang dapat menggosok permukaan reben supaya dapat menghasilkan kedutan yang diinginkan bagi membuat bunga reben.Reben mereka pula tidak sama dengan reben di sini.Kalau mereka nak buat bunga lilin mereka ada bahan yang dipanggil rabian yang mana bahan ini khas untuk membuat bunga lilin.Di Jepun juga  terdapat pusat kraf yang khusus untuk mempelajari kraf bunga. Guru-guru kraf terbut pula walaupun sudah berusia masih lagi mengajar.Dan ramailah wanita berkumpul di pusat kraf itu untuk mempelajari kraf bunga atau pelbagai kraf lain.Wah, aku  bercerita ini seolah-olah aku pernah ke sana! Terima kasih Stefenie kerana info yang diberikan.Stefenie memang telah beberapa kali ke negara matahari terbit itu. Hal ini  membuatkan  aku semakin  teruja untuk ke sana!

D05-02350

Z1-165-14 

                                                                                                                                                                                                                                     
Z1-271-23
RF-T05-067
D05-02300

 http://photojapan.com/index.htm/arts-handicrafts.html

Di negara ini, peralatan-peralatan khas untuk membuat kraf bunga amat terhad.Kebanyakan hasil kraf kita sepenuhnya buatan tangan. Jika ada perusahaan yang agak besar sedikit, terdapatlah beberapa mesin yang membantu contohnya pembuatan  bunga daripada daun getah. Terdapat mesin air brush untuk penyemburan warna untuk mewarnakan daun-daun getah itu.

Husna's Flower Craft

         Minat yang mendalam dalam seni gubahan bunga membuatkan aku tidak pernah jemu untuk memikirkan idea baru menghasilkan  gubahan.Aku sendiri tidak pasti sejak usia berapa minatku mula bercambah dalam bidang ini .Aku cukup suka dengan bunga.Sementelahan pula di kampungku  (rumah nenek) ada seorang pakar gubahan (lembut2 gitu...entahlah dia genus lelaki atau perempuan..lenggok dan cara pakai keperempuanan tapi  suaranya makkk aiii.....hehe) .Yang pasti dia memamg  suka menunjuk-nunjukkan gubahannya  (jika pada masa itu dia ada facebook sudah pasti aku addnya dan scroll hari foto2 di wallnya).Setiap kali dia selesaikan gubahananya,,(untuk dihantar kpd orang yg menempahnya kot...) dia akan melalui rumah nenekku dan memanggil kami untuk menunjukkan hasil gubahan. Aduh...memang cantik sekali bunga raya yang dipintal2 daripada kertas crepe warna pink.  Ayat wajib yang terpacul dari mulutnya (dengan suara garaunya  tuu..)  hah...tengok bolehhh..pegang jangannn...!   Hamboi...garang jugak orang tua ni..!
Agaknya sejak itu aku sudah terpaut dengan seni ini.Mungkin ide  itu sudah terakam di mindaku  sejak lama.Kemudian aku cenderung membuat keratan artikel tentang seni ini  dan menyimpannya.Masih tersimpan beberapa artikel tentang penggubah kraf bunga dari Jepun iaitu  Yoshico Hase dan Megumi Hase merupakan icon  yang menjadi kebanggaanku .