Sunday, January 2, 2011

BUNGA BUTANG...

tak da idea nak tulis...nantilah senang2... 
sebelum kutinggalkan blog ini untuk sementara waktu
terimalah buah tanganku ini untuk kenang-kenangan...

Tuesday, December 28, 2010

Koleksi 1990an...


 Gubahan bunga daripada kertas crepe yg dihasilkan tahun 1990an...
tak reti nak stail masa tu..

  mula nak cuba stail sikit2..

Monday, December 20, 2010

MY RIBBON ROSES BLOOM...

 kuntuman sudah siap untuk disulam...tetapi aku lebih suka begitu saja...

Ros yang mekar di halaman rumah...


                                         ...... bunga-bunga ini......
                                                                                        .... inspirasiku...
                                           .....ketika aku...                  
                                                                                  ......sedang mencari....
                                        ....ilham .........
                                                                                       ...... di kampung.....

                                        






                          
   
                                           

Monday, December 13, 2010

Kursus dengan ikon sulaman reben..SUZANA MUSTAPHA...

Hari ini bangun lebih awal sebab nak jumpa ikon ribbon flower..iaitu Suzana Mustapha...........Lepas siapkan sarapan (beli je......) terus ke Terminal Gombak...naik LRT mula-mula semua  berjalan dengan lancar. Tetiba terdengar anouncemen tren..akan berhenti lebih lama dan bergerak lebih perlahan kerana ada kesesakan di hadapan... Ai...peliknya  naik lrt pun ada kesesakan??? Orang naik LRT sebab nak elakkan kesesakan. Sampai di terowong Ampang Park..tren berhenti lebih lama dan mula kelihatan teknician busy dengn walkie talkie  ....lepas beberapa minit mulalah dua tiga orang penumpang bangun dan merungut..aku dah mula panik la plak..dia orang sebut2 pasal mati plak..dalam hati tak berhenti2 berselawat..mudah2an semua akan  okay..teknician kata jgn risau semua akan okay .......tak ada orang mati dalam tren tu....hai gawat-gawat  ni....apa sebut2 pasal mati ni ..aku belum clean lagi...dosapun bertimbun lagi..then  selang beberapa minit ....alhamdulillah   tren tu bergerak perlahan dan sampai di stesen Dang Wangi bila pintu tren pun terbuka .....aku pun terus keluar walaupun sebenarnya aku nak turun di Masjid Jamek. ..Lega betul dah keluar dari perut tren tu..........
 pemandangan biasa dari dalam tren...

 gembira dengan hasil kerja yang belum siap lagi...he he..

Kejadian tadi tidaklah melemahkan semangat aku nak meneruskan  niat belajar  sulaman bunga reben dengan Puan Suzana. Akhirnya sampai juga aku di tempat Puan Suzana Mustapa dan aku mulalah  belajar sulaman reben.Cabaran juga ni ..sebab aku tak berapa suka dengan sulaman tapi disebabkan ia berkaitan dgn flower craft maka buatlah jugak...Oklah...seronok juga tapi yang paling best Puan Suzana tu......sangat pemurah .....tak kedekut ilmu banyak betul info yang berkaitan flower craft yang aku dapat.    Lepas ni aku nak cepat2 rekod apa yang aku dapat takut terlupa.Terima kasih Puan Suzana...Allah sahaja yang membalas jasa-jasamu...











Sunday, December 12, 2010

Nak buka galeri kraf.......??????

Memanglah teringin.....tapi bukan sekarang...tengoklah kalau dah pencen ke...alamak , larat ke masa tu? Tapi disebabkan angan2 ini perlu direalisasikan maka..tak kisahlah bila waktunya...Buat masa ni...blog inilah galeri aku...

Saturday, December 11, 2010

Buku yang baru kubeli......

 
lelap mata je rm 69.00 .beli di KINOKUNIYA..

Doa harian......

"Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.Maka Allah memeliharanya darI kejahatan tipu daya mereka:     "Bahawa tak ada Illah (yang berhak disembah) selain Engkau.      Maha Suci Engkau, sesuangguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".  Maka kami memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan.Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman."Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, apa yang menjadi kehendak Allah itu tiada kekuatan kecuali daya dan kekuatan Allah,sesuatu yang menjadi kehendak Allah bukan menjadi kehendak manusia, sesuatu yang menjadi kehendak Allah sekalipun manusia tidak menyenanginya.Cukuplah Allah sebagai Rabbku daripada makhluk-makhluk yang dipertuhankan,cukuplah Allah bagiku sebagai Penciptaku daripada makhluk-makhluk yang diciptakan,cukuplah Allah bagiku sebagai Pemberi Rezekiku daripada makhluk-makhluk yang diberi rezeki,cukuplah Allah bagiku sebagai Pemelihara alam semesta, cukuplah untukku dari apa yang dicukupkan oleh Yang Mencukupiku, cukuplah bagi diriku bagi Dzat yang sentiasa mencukupi aku, cukuplah Allah bagiku tiada Tuhan kecuali Dia Dzat yang kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Pemilik Arsy yang Agung...AMIN......


"Ya Allah....jika besar dosa-dosaku maka ampunanMu lebih besar.., bila keterlaluanku bertambah besar maka kebijaksanaanMu lebih besar, bila kekikiranku berkelanjutan maka Engkau Maha Pemurah,Ya Allah ampunilah dosa-dosa besarku dengan keagungan maafMu,  besarnya keterlaluanku dengan tampaknya kebijakanMu,   hentikan kekikiranku dengan kemurahan pemberianMu, Ya Allah jangan biarkan kenikmatan yang ada kecuali kenikmatan dari sisiMu,     Tidak ada Tuhan kecuali Engkau...aku memohon ampun dan bertaubat pada Mu...." AMIN......


"Dengan asma Allah yang Maha Kasih lagi Maha Sayang...ya Allah limpahkanlah selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad...tiada Tuhan  selain Allah...Yang Maha Agung dan Bijaksana. Tiada Tuhan selain Allah, Pemilik Arsy yang mulia.Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...Ya Allah aku memohon padaMu hal-hal yang dapat mendatangkan rahmat dan ampunanMu, keberuntungan dari seluruh kebajikan dan selamat dari seluruh dosa.Ya Allah jangan biarkan pada diriku dosa kecuali engkau maafkan, jangan biarkan kesusahan kecuali Engkau hilangkan, jangan biarkan penyakit kecuali Engkau sembuhkan, jangan biarkan aib kecuali engkau sembunyikan, jangan biarkan rezeki kecuali  Engkau mudahkan, jangan biarkan ketakutan, kecuali Engkau tenangkan, jangan biarkan kejelekan kecuali Engkau hindarkan, jangan biarkan hajat kecuali Engkau redhai dan kebaikan untuk diriku  yang Engkau tuntaskan...Duhai yang Maha Pengasih  dan Penyayang..." AMIN.....

Wednesday, November 24, 2010

Pembelajaran Sepanjang Hayat....

Berbintang Capricorn macam aku ni ... memang cenderung dalam bidang seni. Lalu disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni ini akupun carilah masa-masa terluang   untuk mempelajari apa sajalah art courses. Aku ke MIA belajar water colour, graphic design, flower arrangement (basic) ,belajar fotoshop di Cosmopoint..  ambil short course hujung minggu Interrior Design di CENFAD Lecturernya mat saleh. Bila dia mula bercakap ,intronya je aku faham.... lanjutan itu  mulalah blurrr sebab  pekat betul slangnya....lastly masa presentation aku  bantai saja bahasa ibunda - Melayu...hehe..yang penting dia nak tau konsep je...

Lecturer duduk di tengah.. student pelbagai bangsa..Australia.., 
Serani...Jepun (kanan sekali)....


Belajar gardening di UPM...2002..aku yg tudung bunga pink
Semua pengalaman ini kutelan sebagai suatu pengalaman berharga.Pernah juga aku belajar  gardening di Universiti Pertanian tapi pokok yang kutanam masih tak mahu hidup...ada orang kata tangan panas...tak boleh tanam pokok.Ah... senang buat pokok artificiallah...Ada juga sekali aku belajar buat kek yang dianjurkan oleh Berita Publishing...dan sekarang  aku dah mahir membuat American Cheese  cake ...sedapnyeee....

Andainya aku dapat ke Jepun...

          Pohon Sakura...itulah  imej pertama yang akan aku cari. Dengar cerita ...bandar Tokyo  termahal di dunia dengan harga secawan kopi mencecah rm31. Tidaklah aku berkenan dengan aksi ranggi remajanya tetapi keindahan bunga Sakuralah yang menjadi daya tarikanku. Mungkin terdapat sungai yang mengalir deras dengan airnya yang jernih walaupun di pinggir bandar. Yang lain-lain seperti Disneyland Tokyo, roller coaster ke, barangan elektronik, bangunan kuil yang unik ke..aku tak kisah. Haa... kalau berkunjung ke kawasan luar bandar aku memang tak mau lepaskan peluang. Buat masa ni, aku cuma berpeluang mengunjungi perkampungan di Jepun menerusi Youtube. Dapatlah kulihat mereka pagi-pagi lagi keluar rumah menuju ke kawasan berbukit yang ditumbuhi banyak pokok buluh yang batangnya sebesar pokok  getah. Rupa-rupanya rebung buluh itu dibuat tempura.....Kelihatan juga pemandangan sayur-sayuran hijau yang tersusun rapi di batas-batas yang berdekatan rumah mereka. Sudah tentu pemandangan  masyarakatnya yang masih mengekalkan adab sopan orang Timur juga menjadi tarikanku. InsyaAllah hasratku ini tercapai suatu hari nanti...



Cherry blossom season

          http://naaila-meaningofflowers.blogspot.com/2009/02/meaning-of-sakura-flowers-2.html


http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html
http://mukayu.com/2010/03/cherry-blossom-season.html

cuba2 meniru gaya idola...
(yg di bawah ni idolaku...Megumi Hase..)

      Seterusnya hasratku untuk ke bumi matahari terbit itu adalah untuk menemui idolaku

.....Yoshiko   Hase.....pengasas bunga reben di Jepun....perkenalanku dengan Megumi di facebook membuatkan aku berasa sungguh gembira !




Monday, November 22, 2010

Hidupkan kembali seni kraf bunga !

Pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk menghidupkan semula seni kraf bunga.Sebenarnya ramai yang berminat dalam seni ini. Tetapi tidak diketengahkan . Institut Kraf Negara (IKN) di Rawang hanya memberi penekanan kepada seni kraf batik, tenunan, kraf kayu, logam, seramik dan rotan .Kursus gubahan bungapun tiada, kraf bunga lagilah.... Pameran kraf di Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay pula terlalu luas skopnya.Festival Hari Kraf Kebangsaan disambut setiap tahun antara bulan Februari dan Mac mempamerkan  pelbagai jenis kraf .Pernahkah kita mendengar satu pameran kraf bunga besar-besaran diadakan di pusat kraftangan itu? Kalau ada tentulah aku orang pertama yang akan menyertai pameran itu. Menerusi pameran itu pelbagai hasil kraf bunga dari merata dunia boleh  dipamerkan. Maka kita akan dapati pelbagai keunikan yang ada.Jangan tak tahu  bahawa ada orang membuat bunga daripada susu getah. Saya ingatkan daun getah saja dibuat bunga rupa-rupanya susu getahpun dibuat bunga. Aii sey men..Tapi saya kurang berminat dengan bunga susu getah kerana baunya yang  kurang mengujakan.

pameran kraf bunga di Jepun






 




Sekali lagi akulah orang pertama yang akan gembira jika pameran kraf bunga besar-besaran itu direalisasikan.Tahun demi tahun aku  hanya berpeluang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia yang kadang-kadang diadakan di PWTC dan shoping kompleks terkenal. Adalah sikit-sikit  dipamerkan kraf bunga telur,bunga tangan, bunga pahar, sirih junjung, bunga pelamin dan sebagainya. Kuharapkan adalah inisiatif Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay untuk mengadakan pameran kraf bunga internasional. Mungkin aku berpeluang untuk berjumpa dengan idolaku Yoshico Hase dan  Megumi  Hase...hehehe..

Gambar-gambar berikut adalah salah satu pertunjukan gubahan bunga bertaraf internasional oleh penggubah bunga dari Jerman. Pertunjukan ini dianjurkan  oleh Amtrol iaitu salah sebuah  institut gubahan bunga yang terkenal di Kuala Lumpur....
 
Ha....yang ni bukan Yoshico Hase atau Megumei Hase... model yang 
menggayakan  gubahan bunga oleh penggubah dari Jerman...



Model-model yang beraksi pada malam tersebut..



Salah satu idea kreatif beliau..


Hand bouquet..


Seksi beb...

Selain daripada membuat pameran, satu cara lain untuk menghidupkan kraf bunga ialah dengan mengadakan pertandingan . Dalam pertandingan itu kita boleh nilai bunga  yang paling murah kosnya  tetapi cantik menawan.Sediakanlah hadiah lumayan sikit.Kalau  pertandingan menyanyi boleh dapat hadiah ribu-ribu..ratus-ratus ribu...kereta mewah..pakej pelancongan ...barang kemas... pertandingan kraf bunga janganlah asyik beri tuperware atau pinggan mangkuk sahaja !! Kalau beri hadiah kereta sebuah (bukan kereta sorong) mesti  mak cik-mak cik termasuk akulah akan berusaha memerah otak untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa...Apa salahnya berangan...