Monday, November 22, 2010

Hidupkan kembali seni kraf bunga !

Pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk menghidupkan semula seni kraf bunga.Sebenarnya ramai yang berminat dalam seni ini. Tetapi tidak diketengahkan . Institut Kraf Negara (IKN) di Rawang hanya memberi penekanan kepada seni kraf batik, tenunan, kraf kayu, logam, seramik dan rotan .Kursus gubahan bungapun tiada, kraf bunga lagilah.... Pameran kraf di Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay pula terlalu luas skopnya.Festival Hari Kraf Kebangsaan disambut setiap tahun antara bulan Februari dan Mac mempamerkan  pelbagai jenis kraf .Pernahkah kita mendengar satu pameran kraf bunga besar-besaran diadakan di pusat kraftangan itu? Kalau ada tentulah aku orang pertama yang akan menyertai pameran itu. Menerusi pameran itu pelbagai hasil kraf bunga dari merata dunia boleh  dipamerkan. Maka kita akan dapati pelbagai keunikan yang ada.Jangan tak tahu  bahawa ada orang membuat bunga daripada susu getah. Saya ingatkan daun getah saja dibuat bunga rupa-rupanya susu getahpun dibuat bunga. Aii sey men..Tapi saya kurang berminat dengan bunga susu getah kerana baunya yang  kurang mengujakan.

pameran kraf bunga di Jepun






 




Sekali lagi akulah orang pertama yang akan gembira jika pameran kraf bunga besar-besaran itu direalisasikan.Tahun demi tahun aku  hanya berpeluang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia yang kadang-kadang diadakan di PWTC dan shoping kompleks terkenal. Adalah sikit-sikit  dipamerkan kraf bunga telur,bunga tangan, bunga pahar, sirih junjung, bunga pelamin dan sebagainya. Kuharapkan adalah inisiatif Pusat Kebudayaan Kraf Jalan Conlay untuk mengadakan pameran kraf bunga internasional. Mungkin aku berpeluang untuk berjumpa dengan idolaku Yoshico Hase dan  Megumi  Hase...hehehe..

Gambar-gambar berikut adalah salah satu pertunjukan gubahan bunga bertaraf internasional oleh penggubah bunga dari Jerman. Pertunjukan ini dianjurkan  oleh Amtrol iaitu salah sebuah  institut gubahan bunga yang terkenal di Kuala Lumpur....
 
Ha....yang ni bukan Yoshico Hase atau Megumei Hase... model yang 
menggayakan  gubahan bunga oleh penggubah dari Jerman...



Model-model yang beraksi pada malam tersebut..



Salah satu idea kreatif beliau..


Hand bouquet..


Seksi beb...

Selain daripada membuat pameran, satu cara lain untuk menghidupkan kraf bunga ialah dengan mengadakan pertandingan . Dalam pertandingan itu kita boleh nilai bunga  yang paling murah kosnya  tetapi cantik menawan.Sediakanlah hadiah lumayan sikit.Kalau  pertandingan menyanyi boleh dapat hadiah ribu-ribu..ratus-ratus ribu...kereta mewah..pakej pelancongan ...barang kemas... pertandingan kraf bunga janganlah asyik beri tuperware atau pinggan mangkuk sahaja !! Kalau beri hadiah kereta sebuah (bukan kereta sorong) mesti  mak cik-mak cik termasuk akulah akan berusaha memerah otak untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa...Apa salahnya berangan...

No comments: