Sunday, November 21, 2010

Kutanam padi tumbuhnya lalang...

         Kutanam padi tumbuhnya lalang... ikutlah resmi padi  semakin berisi semakin tunduk...seperti lalang ditiup angin...peribahasa dahulu kala itu seolah-olah meletakkan nilai yang negatif kepada lalang. Namun bagi aku, lalang memang indah .Cuba anda perhatikan pemandangan di kawasan berbukit yang ditumbuhi lalang tatkala hembusan bayu meliuk-lentukkan tubuhnya...anda akan dapat merasakan rythmnya dan anda berdirilah, atau berlarilah  di padang itu... pasti pemandangannya sangat menakjupkan!  Dalam filem animasi Spirited Away ....... suka betul aku melihat pemandangan berlatarbelakangkan bukit yang dipenuhi lalang yang ditiup angin.Terima kasih kepada suamiku kerana membelikan lebih banyak video animasi terbitan Gibli Studio kerana dia macam-macam tahu saja aku meminati lukisan pemandangannya...

... pemandangan indah di padang yang ditumbuhi lalang...
kelihatan seorang  'model'  sedang bergaya  dengan aksi tersendiri...

...kraf bunga lalang...

            Sebenarnya nak cerita tentang kraf bunga lalang... bunga lalang yang dihasilkan ini simple sahaja tetapi kena buat banyak-banyak...biasalah kalau banyak lagi cantik. Buatlah perbagai saiz yang anda suka, ajaklah ahli keluarga yang lain untuk sama-sama menhasilkan kraf ini daripada duduk-duduk saja atau membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah lebih baik membuat kraf ini..Ye tak ye juga kat mana nak letak kalau  banyak sangat kraf bunga yang dibuat? Hahaha...hehehe  (ketawa siber!).Tidak semestinya semua gubahan bunga ini nak dibuat..anda pilihlah mana yang senang mana yang berkenan..suka-suka sebagai hobi atau nak buat bunga telur ke..nak buat gubahan bunga tangan ke..bunga dulang..hiasan meja dan seumpamanya ...

2 comments:

Unknown said...

Minah mane pulak yg ter'sosek' kat dalam semak tu..hehehe

husna's flower craft said...

comey aaa..nick name tu....