Saturday, November 20, 2010

Kreativiti wanita Jepun

Wanita Jepun sangat kreatif dalam menghasilkan kraf bunga.Kalau mereka menghasilkan kraf bunga, hasilnya memang seperti bunga sebenar. Teknologi mereka juga amat membantu bidang kraf ini contohnya penciptaan  tanah liat khas (white @ paper clay) untuk membuat bunga. Dengan tekstur yang sangat lembut ,tanah liat itu sesuai untuk membuat kraf.Teknologi mereka juga mencipta sejenis alat pemanas yang dapat menggosok permukaan reben supaya dapat menghasilkan kedutan yang diinginkan bagi membuat bunga reben.Reben mereka pula tidak sama dengan reben di sini.Kalau mereka nak buat bunga lilin mereka ada bahan yang dipanggil rabian yang mana bahan ini khas untuk membuat bunga lilin.Di Jepun juga  terdapat pusat kraf yang khusus untuk mempelajari kraf bunga. Guru-guru kraf terbut pula walaupun sudah berusia masih lagi mengajar.Dan ramailah wanita berkumpul di pusat kraf itu untuk mempelajari kraf bunga atau pelbagai kraf lain.Wah, aku  bercerita ini seolah-olah aku pernah ke sana! Terima kasih Stefenie kerana info yang diberikan.Stefenie memang telah beberapa kali ke negara matahari terbit itu. Hal ini  membuatkan  aku semakin  teruja untuk ke sana!

D05-02350

Z1-165-14 

                                                                                                                                                                                                                                     
Z1-271-23
RF-T05-067
D05-02300

 http://photojapan.com/index.htm/arts-handicrafts.html

Di negara ini, peralatan-peralatan khas untuk membuat kraf bunga amat terhad.Kebanyakan hasil kraf kita sepenuhnya buatan tangan. Jika ada perusahaan yang agak besar sedikit, terdapatlah beberapa mesin yang membantu contohnya pembuatan  bunga daripada daun getah. Terdapat mesin air brush untuk penyemburan warna untuk mewarnakan daun-daun getah itu.

No comments: