Saturday, November 20, 2010

Manisnya Cik Rose...

     Alangkah seronok jika seorang gadis  menerima  sejambak bunga daripada seorang jejaka. Lebih-lebih lagi jambangan ros merah! Bunga ros merah melambangkan perasaan , kemahuan, penghormatan, dorongan cinta yang mendalam terhadap seseorang.Hal ini sudah pasti menjadi kenangan paling  manis dalam kehidupannya.Kita sudah pasti  tidak dapat menandingi kehebatan Yang Maha Kuasa menjadikan bunga ini. Warnanya, teksturnya, baunya yang harum…kesegarannya semuanya memukau pandangan.

     

Kalau aku mendapat bunga ros, akan kusimpannya sampai kering.Walaupun bunga itu telah kering aku masih teruja untuk menatapnya  (tanpa berkelip mata),,,hehe.  Mengapa begitu? Masakan tidak...susunan kelopaknya yang bertingkat-tingkat secara bersistematik  dan dramatik  sangat mengkagumkan.  Perfum asli yang terbit dari kuntuman bunga ini harus mencairkan fikiran dan perasaaan  seorang wanita  (tak taulah kalau ada jugak orang lelaki yang taksub dengan bunga ni..)  Kalau bunga ros itu segar anda akan dapat perhatikan bahawa kelopak-kelopak itu  seumpama cebisan-cebisan  baldu yang teksturnya amat lembut yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Lebih-lebih  lagi jika bunga ini bermandikan titisan embun  dini hari...disimbahi   pula  sinaran suria pagi .. WOW..! Sangat-sangat bergayalah bunga ini !  Apatah lagi jika bunga ini semakin canggih  rona warnanya ( "angkara" teknologi kacukan ) yang menghasilkan variasi   tidak pernah terfikir  di benak fikiran kita.Yeep...!....asyikkk..



Justeru bunga ros yang   kuhasilkan ini  (foto di atas)   merupakan satu luahan rasa akan kecintaanku terhadap bunga ros. Dek kerana ketaksuban dengan bunga, tidak kiralah betapa susahnya untuk menghasilkan bunga itu aku pasti akan cuba menghasilkan juga. Kelopaknya daripada plastik yang anda gunakan untuk membungkus barangan runcit.Kenapa dibuang plastik itu? Bukankah mencemarkan alam sekitar? Daunnya dicantum dengan daun plastik ready made.Kelopak demi kelopak dihasilkan dan dicantumkan lama-lama terhasillah sejambangan begitu.

No comments: